loading...

Annuar Terima Keputusan Penggantungan Dengan Berlapang Dada

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) yang digantung tugas mendakwa pihaknya langsung tidak mengetahui mengenai mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA hari ini.

 

Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebook berkata pihaknya hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dihubungi oleh Ketua Pengarah MARA,Datuk Ibrahim Ahmad kira-kira sejam yang lalu.

 

“Kira-kira sejam lalu saya menerima panggilan talipon dari KP MARA, Dato Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Mara, Dato Dr Yusof Hj Yaacob (yang) memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan mesyuarat khas Majlis tersebut atas restu YB Menteri KKLW.

 

“Saya di maklumkan mesyuarat yang di pengerusikan oleh Dato Dr Yusof itu telah mengambil keputusan menggantung saya serta-merta dari tugas saya sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi Pelaburan MARA Bhd,” katanya memetik kenyataan tersebut.

 

Annuar turut memaklumkan pihaknya akan membatalkan program yang telah diatur sebelum ini bagi menghormati keputusan penggantungan tersebut.

 

“Saya sekarang berada di luar negara atas urusan resmi MARA (dan) hari ini saya baru saja selesai mesyuarat bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago University) dan esok di jadualkan bertemu Vice Chancellor University of Auckland, sebelum berlepas pulang (pada) Khamis.

 

(Namun) Program ini akan saya batalkan kerana menghormati penggantungan ini,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu Mara mengadakan satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua Ahli Majlis MARA bagi menggantung tugas Annuar berkuat kuasa serta merta hari ini, bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

 

Isu berkenaan tercetus selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

 

Bagaimanapun, Annuar menafikan kedua-dua agensi itu dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

 

Sementara itu Annuar turut menjelaskan pihaknya menerima keputusan tersebut secara berlapan dada dan penuh kebertanggungjawaban sambil menegaskan dirinya akan sentiasa memberi keutamaan kepada prinsip integriti dan amanah.

 

Annuar berkata akan membuat pengumuman rasmi berhubung isu ini pada minggu hadapan selepas isu ini reda.

 

 

Berikut adalah kronologi isu tajaan membabitkan TRW yang mana Annuar Musa ketika itu adalah Presiden KAFA, pemilik pasukan TRW.

 

12 Januari 2017 – Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Annuar menjelaskan tajaan diterima pasukan Kelantan yang didakwa menggunakan tabung pendidikan daripada PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Turut dimuat naik gambar resit tajaan berkenaan.

 

12 Januari 2017 – Annuar menegaskan PMB tidak pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan, sebaliknya logo agensi itu pada jersi pasukan Kelantan diberi secara percuma. Beliau turut jelaskan UniKL tidak pernah taja atau beri biasiswa kepada pelajarnya.

 

13 Januari 2017 – Annuar berkata pengedaran salinan surat, baucer dan dokumen perjanjian tajaan sebagai bukti keterbukaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam urusan penajaan.

 

13 Januari 2017 – Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menangguh sebarang bentuk penajaan bagi 2017, hanya penajaan pendidikan dibenarkan.

 

14 Januari 2017 – Annuar beri jaminan akan memberi laporan terperinci kepada Ismail berhubung isu penajaan komersial membabitkan agensi itu dan UniKL ke atas TRW Sdn Bhd musim lalu.

 

15 Januari 2017 – Annuar menegaskan sanggup bertanggungjawab dan ‘memulangkan’ semula semua penajaan daripada PMB dan UniKL kepada pasukan Kelantan jika benar dakwaan ia menggunakan dana tabung pendidikan.

 

17 Januari 2017 – PMB dan UniKL menafikan mereka menggunakan dana daripada tabung pendidikan dan biasiswa pelajar bagi menaja pasukan Kelantan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...