Berdepan dengan perpisahan bersama bekas suaminya, Azmi Hatta, Elly Mazlein menjelaskan kepada Kosmo! Online bahawa hatinya kini sudah terbuka untuk bercinta semula malah pelakon wanita ini juga turut dikatakan sedang hangat bercinta.
BACA: Elly Mazlein Nak Jadi Duta Persatuan Ibu Tunggal?
“Saya tidak mahu komen mengenai isu tersebut, namun sebagai wanita dan manusia biasa, saya pun ada hati dan perasaan. Andai ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, saya tidak menolak. Cuma buat masa sekarang fokus saya hanyalah untuk kerjaya seni dan membesarkan anak sebaik mungkin,” jelasnya.
Selain itu, hubungannya bersama Azmi juga sudah kembali seperti biasa namun bekas suaminya itu tidak hadir pula pada majlis akikah anak sulung mereka yang diadakan baru baru ini. Menurut Elly, bekas suaminya itu sentiasa memberi nafkah kepada anaknya.
“Dia ada datang ke rumah untuk bertemu Sefhia tetapi sekali sahaja sebelum senyap sampai sekarang. Namun, dia ada memberi nafkah kepada anak. Selepas hak anak diberi, saya tiada ada masalah dengannya. Itu sahaja yang saya mahukan daripada seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anaknya,” katanya. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW