loading...

Kanak-Kanak Letupkan Diri

KANO  – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut selepas meletupkan dirinya di kawasan berek tentera di timur laut Nigeria hari ini.
Menurut seorang jurucakap, kanak-kanak secara tiba-tiba menghampiri berek tentera berkenaan sebelum cuba untuk menyeberang jalan ke arah kem pelarian tempatan sebelum ditahan oleh salah seorang daripada anggota tentera.

 

“Tentera mengarahkannya berhenti namun tidak diendahkan diacukan senapang untuk menembaknya. Kanak-kanak malang itu kemudian patuh dan membuka hijab sebelum menemui bahan letupan pada badannya.

 

“Sebelum sempat anggota berkenaan berbuat apa-apa, budak perempuan itu menarik picu sebelum meletupkan diri dan maut serta merta. Tiada siapa yang cedera akibat insiden tersebut,” katanya.

 

Ini merupakan insiden kedua selepas beberapa minggu lepas apabila seorang wanita dan remaja lelaki ditembak mati selepas enggan berhenti untuk diperiksa.

 

Militan Boko Haram sering menjadikan wanita muda dan kanak-kanak untuk melakukan letupan bunuh diri dengan menyasarkan tempat sesak seperti masjid, pasar dan stesen bas sebagai sasaran.

 

Kumpulan pengganas meningkatkan serangan terhadap orang awam sejak akhir-akhir ini sebagai membalas dendam terhadap operasi ketenteraan yang menjadikan kubu kuat mereka sebagai sasaran.

 

Mereka turut meningkatkan pengebom bunuh diri di kem-kem pela­rian yang menjadi sasaran mudah sehingga memaksa tentera mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa -AFP/Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...