PETALING JAYA – Orang ramai menolak kegiatan rumah haram sekali gus memuji langkah protes bantahan rumah urut yang dilakukan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos, di hadapan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), kelmarin.
Hasil tinjauan SuaraTV mendapati, orang ramai kebanyakkannya menolak sekerasnya penempatan rumah urut yang dilakukan secara haram malah, mendesak kerajaan Selangor memansuhkan rumah urut tersebut sebagai langkah membanteras gejala sosial yang semakin berleluasa.
“Kerajaan Selangor seharusnya membanteras rumah urut haram bukan lebih menggalakkan aktiviti premis itu secara haram,” kata seorang peniaga yang ditemui di sini, sebentar tadi.
Rozaini Hamzah yang ditemui berkata, seharusnya premis seperti itu dihalang daripada terus diwujudkan kerana ia bukan sahaja memberikan pengaruh yang tidak baik malah ia mencerminkan gaya hidup bebas yang tidak sihat dan menyimpang daripada adat ketimuran.
“Rumah urut itu bukan betul rumah urut, tapi banyak yang salah guna. Menyediakan perkhidmatan pelacuran dan sebagainya. Ia seharusnya dibanteras. Supaya kita dapat menghapuskan pelaksanaan rumah urut secara haram ini,”katanya.-SuaraTV
Sementara itu, pekerja swasta, Mohd Aril berkata, rumah urut seharusnya dibanteras untuk mengelakkan generasi muda terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
“Kebanyakan rumah urut yang saya lihat di Petaling Jaya ini, banyak yang dijalankan secara haram.
“Rumah-rumah urut seperti ini perlu dibanteras untuk mengelakkan generasi muda terlibat dengan aktiviti tersebut,”katanya.
Seorang lagi pekerja swasta yang ditemui, Amir Fitri berkata, sekiranya rumah urut hendak dibuka, mestilah mempunyai piawaian yang sebenar.
“Jika ingin memberikan lesen sekalipun, biarlah dijalankan mengikut piawaian sebenar.
“Dimana perlu menempatkan tukang urut lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW