loading...

Pelarian Cilik Teruja Jumpa Lindsay

ANKARA -KAnak-kanak Syria yang pernah menjadi perhatian dunia kerana berkongsi pe­ngalamannya mengharungi situasi perang di Aleppo, Bana Alabed, 7, berkongsi perasaan teruja ketika bertemu aktres, Lindsay Lohan.

 
BBC melaporkan, Bana dan Lohan bertemu secara kebetulan selepas mereka diundang Pre­siden Turki, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan isu pelarian Sy­ria di sini baru-baru ini.

 
Bana yang juga pernah menulis surat terbuka kepada Presiden Amerika Sya­rikat (AS), Donald Trump bagi meminta bantuan pemimpin tersebut mengatasi krisis di Syria kemudian berkongsi video pendek mengenai dirinya dan bintang Mean Girls itu.

 

 

Menurut Lohan yang telah berada di Turki sejak beberapa hari lalu, video sarat dengan mesej kasih sayang yang dimuat naik ke dalam akaun Twitter milik Bana itu ditujukan kepada pelarian serta penduduk Syria.

 
Rakaman video pendek berdurasi 32 saat itu juga menunjukkan Bana memeluk erat Lohan selepas kedua-duanya bersalaman.

 
“Kami mahu menghantar me­sej ini kepada semua penduduk di Syria serta Aleppo yang mende­rita.

 
“Kepada semua pelarian juga, kami di sini sentiasa menyokong anda. Saya yakin anda boleh menjadi sekuat Bana,” kata Lohan dalam rakaman tersebut.

 
Lohan turut melafazkan kalimah ‘inshaaAllah’ atau ‘Jika diizinkan Allah’ dalam video itu sekali gus menguatkan dakwaan mengatakan aktres yang sering mencetuskan kontroversi itu te­lah memeluk Islam.-Utusan

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...