IMPIAN Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melepasi pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2017 akhir tercapai selepas berjaya menewaskan pasukan Bangkok United di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand malam tadi.
Dalam saingan tersebut, perlawanan berlangsung sengit. JDT dan Bangkok United gagal meledak sebarang gol ketika terikat dengan kedudukan 0-0 sebelum perlawanan dibawa ke masa tambahan.
Bagaimanapun, skuad kendalian Benjamin Mora berjaya meraih gol mudah menerusi Safiq Rahim selepas penyerang itu bijak menanduk masuk gol pada minit ke-107.
Namun, Johor kembali tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jeronimo Barrales dilayangkan kad merah gara-gara mengasari pihak lawan.
Dengan kelebihan tersebut, pasukan Bangkok United
Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias muncul wira buat skuad Harimau Selatan selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Bangkok United bagi mencatatkan kemenangan 5-4.
Terdahulu, pada dua edisi sebelum ini, hajat JDT disekat oleh kelab Thailand iaitu Bangkok Glass pada musim 2015 dan Muangthong United (2016).
Selepas ini Harimau Selatan berdepan tugas berat apabila dijadualkan bertemu bekas juara Liga Juara-Juara AFC 2008, Gamba Osaka pada 7 Februari ini di Stadium Suita City, Jepun.-Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...

Haaland Terpaksa Berehat Sehingga Tujuh Minggu ...

Polis Rampas 30kg Ganja, Tahan Seorang Lelaki Di M ...

Berang Isteri Curang, Lelaki Bakar Warung Bakso Se ...