KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.
“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina
Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.
Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Puspakom Gantung Tugas Enam Pemeriksa Kenderaan Se ...
Keluar Sejak 2018, Xc60 Model Terlaris Pada 2024, ...
Reset Sarawak Id Akaun, Password & Username ...
Porsche Cayenne S E-hybrid 2025 Rasmi Lancar Di Ma ...