loading...

Menteri Tidak Tahu Keputusan MARA Gantung Tugas Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung tugas Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa tidak sampai kepada pengetahuan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Ia berikutan keputusan MARA yang dilaporkan menggantung tugas Annuar termasuk sebagai pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB), berkuat kuasa serta-merta.

 

Menurut Ismail kuasa untuk menggantung atau melantik Pengerusi MARA sepatutnya adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

 

“Saya tak pasti apakah mesyuarat khas ada kuasa untuk menggantung pengerusi. Saya tidak tahu sama ada keputusan tersebut menggantung atau mencadang untuk menggantung.

 

“Setahu saya kuasa melantik pengerusi adalah di bawah kuasa menteri dan mendapat persetujuan perdana menteri. Saya yakin ianya termasuk memberhentikan pengerusi atau menggantung,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, pada Selasa.

 

Beliau berkata setakat ini beliau masih menunggu laporan mesyuarat daripada Ahli Majlis MARA tersebut berhubung perkara itu dimana keputusan mesyuarat berkenaan disifatkan sebagai satu cadangan.

 

“Saya dimaklumkan tentang mesyuarat, tetapi tidak tahu apa agendanya,” katanya.

 

Bagaimanapun, Ismail berkata beliau akan mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang mengenai perkara itu.

 

Terdahulu, keputusan penggantungan Annuar dicapai dalam satu mesyuarat tergempar yang bermula sejak jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat MARA, di Kuala Lumpur.

 

Menurut laporan BH Online, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob. – Bnbbc



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...