Bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, Adira AF menjelaskan bahawa dia menyerahkan persiapan menyambut kelahiran kepada suaminya, Datuk Seri Adnan Abu. Malah suaminya itu juga tidak sabar sabar menantikan anak sulung mereka itu.
BACA: Adira, Suami Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
“Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun. Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya”
“Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Adira lagi, dia berpantang di Kuala Lumpur dan ibunya akan datang untuk menjaganya. Selain itu, suaminya itu juga berkebolehan menjaga dia dan bayi kerana telah mempunyai pengalaman menimang cahaya mata sebelum ini. Untung Adira dapat suami yang prihatin. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW