loading...

Lelaki Melecur Pam Air Cuci Kereta Terbakar

ALOR SETAR – Seorang pekerja bengkel kereta melecur pada bahagian muka dan tangan selepas pam air untuk mencuci enjin kereta terbakar di Jalan Tandop, semalam.

 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata, kejadian pada kira-kira pukul 7 petang itu turut menyebabkan bahagian hadapan dan lampu sebuah kereta Volkswagen Polo GTI terbakar.
pam air untuk mencuci enjin kereta terbakar

 

 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.09 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian.

 
“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah pam air terbakar dan api menyambar sebuah kenderaan yang diletakkan di bengkel berkenaan.

 
“Sepasukan anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran dan operasi tamat 7.43 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 
Menurut Nor Hafizah, mangsa yang berumur 21 tahun itu ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dengan menggunakan jentera Unit Emergency Medical Rescue Service (EMRS) .

 
Tambahnya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian.- Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...