SHAH ALAM – “Kita perlu elak daripada menyuarakan sebarang bentuk spekulasi yang negatif,” demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim ketika mengulas implikasi pelaburan di antara Malaysia dan China.
Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara perdagangan di Asean.
“Mana-mana negara yang ingin berdagang dengan kita (Malaysia) pasti akan menerimanya kerana ia adalah satu bentuk pelaburan.
“Perkara yang dilakukan kerajaan pastinya tidak mahu menimbulkan sebarang bentuk yang negatif apatahlagi jika ia menjejaskan kedaulatan negara. Bila pelaburan itu datang, ia akan beri keuntungan pada negara termasuklah memberikan peluang pekerjaan terhadap generasi muda akan datang,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa implikasi pelaburan ini bakal mengheret negara dalam konflik peperangan yang sama seperti di Timur Tengah.
Katanya, sepatutnya beliau (Mukhriz) tidak memberikan kenyatan begitu.
Tambahnya, kita harus berikan pandangan yang konstruktif iaitu pandangan yang positif dalam pembangunan negara.
“Ini soal kedaulatan negara dan pada pandangan saya, haruslah berhati-hati apa yang kita utarakan kerana ia akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelabagai pihak,” katanya.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW