loading...

Mexico Kutuk Trump

WASHINGTON – Mexico mengutuk cada­ngan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan cukai sebanyak 20 peratus terhadap barangan import dari negaranya bagi membiayai kos pembinaan tembok di sempadan negara itu seperti yang dirancang oleh Presiden AS, Donald Trump.

 
Menteri Luar Mexico, Luis Videgaray menegaskan, cukai tersebut akan menjadikan barangan import dari Mexico lebih mahal kepada pengguna di AS dan secara tidak langsung akan memindahkan kos pembiayaan pembinaan tembok sempadan yang dirancang Trump itu kepada rakyatnya.

 
“Ada perkara yang tidak boleh dan tidak akan dirundingkan. Rancangan untuk memaksa Me­xico membayar kos pembinaan tembok sempadan itu langsung tidak akan dirun­dingkan.

 
“Mengenakan cukai kepada barangan import Mexico ke AS juga bukanlah satu cara yang tepat untuk memaksa kami membayar kos pembinaan tembok itu sebaliknya membuatkan pengguna di Amerika Utara pula yang perlu menanggungnya me­lalui harga avokado, mesin basuh atau televisyen yang lebih mahal,” katanya.

 
Kelmarin, White House me­ngumumkan rancangan menge­nakan cukai sebanyak 20 peratus kepada barangan dari Mexico untuk membiayai pembinaan tembok sepanjang 3,142 kilo­meter di sempadan Mexico selepas Trump menandatangani dua perintah eksekutif untuk memulakan pelan tersebut.

 

BBC melaporkan, Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto yang turut membatalkan lawatannya ke AS yang dijadualkan Selasa depan selepas Trump mengeluarkan kenyataan keras kepada jutawan itu supaya membatalkan sebarang pertemuan jika enggan menanggung kos pembinaan tembok sempadan tersebut.

 
Pembinaan tembok itu juga ditentang beberapa ahli politik Parti Republikan terma­suk Senator Lindsay Graham yang turut senada dengan Vi­degaray.

 
“Mexico juga boleh melaksa­nakan cukai seperti yang dilakukan AS. Itu akan menjadi hala­ngan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara,” kata Graham.-Utusan

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...