loading...

Lara Alana Nak Adik, Awal Ashaari Belum Sedia

Menjelaskan bahawa anak sulungnya, Lara Alana masih memerlukan perhatian daripada isteri, Awal Ashaari mengakui bahawa dia belum bersedia untuk menimang cahaya mata kedua walaupun Lara sudah menunjukkan minat untuk menjadi kakak.

BACA: “Menaja Kami Tidaklah Semahal Mana”

“Saya menyasarkan untuk menambah bilangan ahli keluarga apabila Lara menginjak usia tiga tahun kerana saya merasakan dia masih memerlukan perhatian dan kasih sayang khusus daripada kami”

“Tetapi sejak kebelakangan ini Lara mula menunjukkan minatnya terhadap bayi malah jika ke majlis perkahwinan dia sibuk hendak mendukung bayi yang dia nampak dan berlagak seperti seorang kakak,” kongsinya kepada mStar Online.

Malah dalam masa yang sama, Scha juga mengakui rindu untuk kembali merasai pengalaman hamil namun dalam masa yang smaa turut risau dengan perubahan bentuk badan selepas bersalin namun menerima segala rezeki yang hadir dengan hati terbuka. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...