loading...

Bill Gates Bakal Jadi Trilionaire Pertama Dunia

WASHINGTON – Pengasas Microsoft, Bill Gates, bakal bergelar trillionaire pertama dunia dalam tempoh 25 tahun lagi.

 

Pertubuhan kebajikan antarabangsa, Oxfam dalam laporannya berkata, Gates dijangka memiliki kekayaan bernilai AS$1 trilion (RM4.43 trilion) pada 2042 ketika berusia 86 tahun.

 

Oxfam yang ditubuhkan pada 1942 berperanan meningkatkan kesedaran orang ramai bagi menangani masalah kemiskinan di seluruh dunia. Gates dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak AS$50 bilion (RM221 bilion), ketika meninggalkan Microsoft pada 2006.

 

CNBC dalam laporannya menyebut, jumlah kekayaan itu meningkat dalam tempoh sedekad, iaitu kepada AS$75 bilion (RM332 bilion) walaupun banyak membuat sumbangan menerusi yayasannya.

 

“Dalam persekitaran seperti ini, apabila anda sudah terlalu kaya, anda tidak seharusnya berusaha keras untuk terus mengumpul kekayaan,” kata Oxfam.

 

Baru-baru ini, Oxfam melaporkan bahawa lapan hartawan paling kaya di dunia memiliki kekayaan bersamaan dengan kekayaan yang dimiliki 3.6 bilion penduduk dunia. Selain Bill Gate, tujuh lagi hartawan terbabit ialah pelabur, Warren Buffett; pengasas Inditex, Amancio Ortega; warga Mexico, Carlos Slim; Ketua Eksekutif Amazon, Jeff Bezos; pengasas Facebook, Mark Zuckerberg; pemilik Oracle, Larry Ellison dan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg.- AGENSI/BH



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...