loading...

Scarlett Johansson, Suami Dilapor Berpisah

WASHINGTON: Aktres Hollywood, Scarlett Johansson dan suami, warga negara Perancis, Romain Dauriac, dilaporkan sudah berpisah.

 

“Mereka sudah berpisah sejak musim panas yang lalu,” kata sumber kepada majalah PEOPLE. Johansson dilaporkan menghadiri perarakan wanita di sini, pada Sabtu lalu tanpa cincin perkahwinan di jarinya.

 

Beliau mula menjalinkan hubungan dengan pengumpul barangan seni, Dauriac pada Oktober 2012. Ia disusuli dengan berita pertunangan pada September pada tahun yang sama.

 

Aktres berumur 32 tahun dan suaminya berkahwin secara rahsia pada 2014, selepas menyambut kelahiran anak perempuan mereka, Rose Dorothy.

 

Bagaimanapun, kedua-duanya akan kekal sebagai rakan perniagaan. Mereka adalah pemilik jenama bertih jagung, Yummy Pop. Kali terakhir, Johansson dan Dauriac dilihat bergambar bersama ialah pada Disember lalu, pada majlis pembukaan kedai Yummy Pop di Theatre du Gymnase di Paris.

 

Sebelum ini, Johansson pernah berkahwin dengan aktor, Ryan Reynolds antara 2008 hingga 2010. – AGENSI



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...