loading...

Suara Anuar Masih Belum Pulih

KUALA LUMPUR – Selepas membatalkan konsert solonya di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana minggu lalu, keadaan kesihatan penyanyi terkenal, Anuar Zain masih belum pulih.

 
Anuar yang sepatutnya beraksi dalam ‘Yonder Music Live Series By The Lake – Anuar Zain & You’ kini masih berehat selepas dinasihatkan oleh doktor.

 
Menerusi perbualan dengan pengurusnya Nana, dia memberitahu sehingga kini Anuar masih belum boleh bercakap kerana dinasihatkan oleh doktor supaya merehatkan suaranya.

 

 

“Sebenarnya doktor menasihatkan dia merehatkan suara selama dua minggu, dan ini baru masuk seminggu jadi kita perlu tunggu sampai minggu hadapan untuk mendengar penjelasan daripada doktor.

 
“Keadaan Anuar baik da dia sedang berehat. Kita sendiri tahu dia agak tertekan memandangkan suara adalah aset paling penting buat dirinya,” kata Nana ketika di hubungi Utusan Online.

 
Menurut Nana, Anuar pada masa sama menyampaikan penghargaan kepada peminat- peminatnya yang tidak pernah putus mendoakan kesejahteraannya.

 
“Dia sangat menghargai segala hadiah dan bunga yang diberikan oleh peminat. Malah mereka yang mendoakan dia. Dia ucapkan ribuan terima kasih,” katanya.

 
Ditanya apa pelan yang diambil berikuta pembatalan konsert penyanyi itu, kata Nana, pada masa ini dia idak boleh berkongsi apa-apa maklumat.

 
“Saya tidak boleh berkongsi kerana sekarang kebanyakan orang masih bercuti Tahun Baharu Cina.
“Namun kami sudah berjanji kalau ada apa-apa maklumat, pihak Anuar sendiri akan kongsikan segera,” kongsinya lagi.

 
Sementara itu muzik video terbaharu penyanyi ini berjudul Cinta Takkan Berakhir sudahpun berada di YouTube.

 
Muzik video ini merupakan kesinambungan kepada muzik video single pertama Anuar, Andainya Takdir. – Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...