loading...

Agong Berkenan Terima Darjah Kebesaran D.K.M

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Selasa berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

 

Ia disampaikan kepada Seri Paduka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu istiadat di Istana Negara.

 

Darjah kebesaran itu dikurniakan kepada Sultan Muhammad V yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember lalu.

 

Seri Paduka menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember lepas.

 

Antara yang hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

 

Jemputan lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...