KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerjasama diantara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan berjaya.
Menurut beliau, kerjasama ini tidak akan terjadi sekiranya Pas tidak mempunyai kesediaan dalam mengorbankan beberapa kerusi kepada PPBM dalam pilihanraya akan datang.
“Bagi saya kerjasama politik itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ad kesediaan dari pihak Pas untuk menyerahkan beberapa kerusi kepada PPBM bagi dipertandingi oleh mereka pada pilihanraya umum akan datang.
“Jika tidak ada kesediaan pemberian kerusi atau mengorbankan kerusi, jadi saya fikir tidak ada kerajasama itu boleh berlaku dan pastinya akan berlaku pertembungan tiga penjuri pada pilihanraya akan datang,” katanya ketika dihubungi SuaraTV tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas tidak akan bertolakxansur dalam penerimaan DAP dan Parti Amanah Negara.
“Jadi saya lihat Pas tidak akan bertolak ansur dengan Parti DAP dan Parti Amanah Negara.
“Jadi saya rasa tidak mungkin berlaku kerjasama jika PPBM berkerjasama dengan Pas namun turut melakukan kerjasama dengan DAP dan Amanah.
“Sebelum ini Pas tidak pernah ada hubungan dengan DAP dan ini akan berlaku kesulitan-kesulitan dan ini akan menghalang kerjasama itu,”ujarnya.
Pas dan PPBM akan melakukan pertemuan pada 2 Febuari ini untuk berbincang mengenai isu kerjasama ini.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW