KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di dakwa sengaja memberikan fakta yang salah untuk mengelirukan pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
Menurut seorang peguam, Lukman Sheriff Alias sebagai salah seorang ahli parlimen, Rafizi seharusnya menerangkan isu tersebut secara jujur dan bukan sebaliknya.
“Rafizi ni karut, sejak bila semua perniagaan yang dikendalikan Tabung Haji mengalami keuntungan dan tidak rugi, kalau macam tu ‘super profit’ lah, Tabung Haji pegang banyak saham di Bursa Malaysia (dan) harga pasaran ada kalanya naik dan adakalanya turun.
“Bukan semua pelaburannya untung tetapi setiap tahun (secara) keseluruhannya (menadatangkan) keuntungan (contoh) sama seperti perniagaan lain terutamanya fund manager. Sebab itu (apabila) campur tolak (dan) untung rugi, (Tabung Haji) tetap ada untung dan pendeposit dapat dividen,” katanya melalui status yang dimuatnaik di laman Facebook sebentar tadi.
Terdahulu Rafizi melalui satu sidang media yang diadakan pada Rabu mendakwa, Tabung Haji menanggung kerugian RM700 juta disebabkan pelaburan dalam industri minyak dan gas.
Lukman yang juga merupakan seorang peguam korporat turut berkata, isu untung dan rugi adalah perkara biasa dalam perlaburan terutama yang melibatkan industri minyak.
Namun ia bukan merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang kerana secara keseluruhan Tabung Haji masih mengalami keuntungan dan mampu memberikan dividen yang tinggi kepada para pendeposit.
“Tetapi telah digembar gemburkan sebagai satu kesalahan yang sangat besar, kalaulah (pelaburan melalui syarikat) Perisai ini betul (mengalami) rugi, ia merupakan satu keputusan di dalam perniagaan.
“(Persoalannya) dimana yang dikatakan (kerugian) satu kesalahan? Kenapa nak salahkan orang? Maknanya kalau Rafizi jadi menteri atau head (Pengerusi), bukankah benda ini tetap berlaku (kerana) bukankah semua pelaburan di dalam (industri) oil & gas dibawahnya tetap (akan) rugi juga? Rafizi ni karut betul,” jelasnya lagi. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW