loading...

Siti Sarah Tumpu Kerjaya, Tiada Niat Tambah Anak

Sesekali bergurau tentang soal menambah anak ketika berlangsungnya konsert Gegar Vaganza, Siti Sarah bagaimanapun menjelaskan ketika ini bahawa dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya lebih lebih lagi apabila dia bakal melancarkan album terbaru tidak lama lagi.

BACA: Siti Sarah Syukur Anaknya Hilang Ditemui Semula

“Setakat ini saya belum terifkir untuk menambah anak dalam keluarga kami. Namun terus-terang saya terpaksa lupakan dahulu untuk memberi tumpuan kepada kerjaya seni saya. Saya kini baru sahaja kembali aktif dalam bidang nyanyian, jadi ada baiknya saya memberi tumpuan sepenuhnya”

“Pun begitu saya tak nafikan menguruskan tiga orang cahaya mata pun sudah cukup sibuk. Namun jika selepas ini urusan kerjaya saya stabil, kalau ada rezeki anak saya tidak menolak,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Apa yang pasti, kemanisan Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu tidak dapat disangkal lagi malah peminat juga sentiasa menantikan perkongsian gambar dari pasangan ini dan siap ada yang menyatakan bahawa Siti Sarah sangat beruntung kerana mempunyai suami penyayang seperti Shuib. (rtky/s)

http://ift.tt/2jqQwvC 590w, http://ift.tt/2jDeKGd 300w, http://ift.tt/2jr165r 60w, http://ift.tt/2jD7biF 640w" width="150">

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...