BENTONG – Sebanyak tiga juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) sepanjang kempen keselamatan lebuh raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula Sabtu lalu hingga 5 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Tan Sri Dr Azmil Khalid berkata, jangkaan dalam tempoh 15 hari berkenaan menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding 2.5 juta kenderaan direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, lapor Utusan.
Beliau yang berucap demikian pada majlis pelancaran kempen keselamatan lebuh raya sempena Sambutan Tahun Baharu Cina itu berkata, peningkatan itu menyaksikan kira-kira 190,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya KL-Karak dan LPT 1 setiap hari berbanding purata 140,000 kenderaan setiap hari pada hari biasa.
Terdahulu, majlis disempurnakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah di sini hari ini.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW