KUALA LUMPUR – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Agensi Perisikan Pusat (CIA) cuba memburuk-burukkan beliau dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan Bank Bumiputera disifatkan sebagai satu alasan yang lemah.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan melalui satu kenyataan akhbar berkata, umum mengetahui bahawa laporan yang dikeluarkan CIA adalah tepat kerana Akta Kebebasan Maklumat diiktiraf oleh Presiden Amerika Syarikat.
“Terdapat 800,000 laporan yang ada pada 13 juta halaman dan laporan mengenai skandal BMF sebanyak 9 halaman.
“Jadi tidak ada maknanya bahawa CIA sengaja mengeluarkan laporan tersebut hanya untuk dia, ” katanya dalam satu kenyataan.
Skandal Bank Bumiputra dan anak syarikatnya, BMF pada 1980-an tersebut masih misteri kerana tiada siapa percaya bagi pinjaman sebesar RM2.5 bilion diluluskan oleh bank milik kerajaan tanpa pengetahuan pentadbiran negara.
Dianggarkan nilai kerugia yang terpaksa ditanggung kira-kira RM 10 bilion pada hari ini.
Dr Mahathir ketika itu bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri tetapi juga Menteri Perdagangan Antarbangsa (MITI) yang sudah tentu mengawal selia pelaburan di luar negara dan juga pembabitan bank milik kerajaan dalam pinjaman di luar negara.
Cheng Guan turut menggesa bekas perdana menteri itu menghentikan perbuatan bodohnya sambil mendesak beliau terus bersara dari dunia politik dan tidak mengganggu pentabiran hari ini.
“Hentikan menghina diri sendiri dan penyokong kamu dan sila bersara daripada politik selama-lamanya.
“Mana mungkin ada orang yang boleh memburukkan Tun Mahathir kerana beliau sendiri merupakan ‘Raja Syaitan,” tegasnya lagi. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW