loading...

Trump Sekat Pelarian

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan menandatangani beberapa perintah eksekutif bermula semalam termasuk menguatkuasakan larangan sementara melibatkan sebahagian besar pelarian dan mengenakan sekatan visa terhadap rakyat Syria serta enam lagi negara Asia Barat dan Afrika.

 

Trump yang memuat naik catatan di laman Twitter semalam bahawa ‘hari besar’ dirancang bagi meningkatkan keselamatan negara termasuk langkah mengharamkan pelarian daripada memasuki AS untuk jangka masa beberapa bulan sehingga satu sistem saringan yang lebih agresif diwujudkan.

 

Trump juga menyekat pengeluaran visa kepada individu dari Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yemen, kata beberapa penasihatnya.

 

Pada masa yang sama, Presiden AS itu juga mengumumkan pembinaan tembok di sepanjang sempadan AS dan Mexico seperti yang beliau janjikan dalam kempen politiknya.

 

“Hari besar telah dirancang untuk keselamatan negara. Antaranya kita akan membina tembok!” kata Trump di laman Twitter kelmarin.

 

Selain pembinaan tembok, langkah-langkah keselamatan lain yang akan ditandatangani Trump termasuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin yang tinggal di AS.

 

Bercakap tentang perkembangan itu, ketua kaunselor Perkhidmatan Imigresen dan Kerakyatan AS semasa pentadbiran Presiden Barack Obama, Stephen Legomsky berkata, Trump mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan pelarian dan pengeluaran visa kepada negara-negara tertentu.

 

“Dari sudut undang-undang, Trump mempunyai kuasa berbuat demikian.

 

“Namun dari aspek politik pula, ia merupakan idea yang teruk berikutan situasi kemanusiaan yang mendesak melibatkan pelarian pada masa ini,” kata Legomsky. – Reuters/Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...