loading...

Zoo Dikecam, Paksa Orang Utan Bertinju Sebagai Hiburan

Sebuah zoo di Thailand telah dikritik kerana memperoleh keuntungan dengan membiarkan orang utan bertinju dalam satu pertunjukan yang diadakan untuk pelancong.

Aksi berkenaan diadakan di Safari World di Bangkok dan ia mendapat bantahan keras daripada aktivis kerana zoo terbabit telah mengeksploitasi binatang berkenaan.

“Orang utan sangat bijak telah zoo ini telah mengeksploitasinya. Ia menyedihkan saya,” kata seorang guru dari Amerika Syarikat, Samantha Fuller yang bekerja di Thailand.

Sementara Pengarah

Dana Kebajikan Antarabangsa Untuk Binatang UK, Philip Mansbridge pula terkejut dengan perbuatan kejam tersebut semata-mata untuk hiburan pelancong.

Manakala jurucakap PETA, memberitahu binatang berkenaan terpaksa mengikut arahan daripada tuannya kerana ia takut dan kadang kala didera termasuk dipukul serta dicucuh dengan puntung rokok.

Kebanyakan haiwan yang didera ini dipisahkan dari ibu mereka hanya selepas beberapa hari dilahirkan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...