loading...

Yatt Mahu Dakwah Dalam Lakonan

Pelakon Yatt Hamzah, 36, belum mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu menerima tawaran penerbit, Sheila Rusly, untuk muncul sebagai bintang undangan khas drama, Baitul Rahmat, beliau menjadikan peluang berkenaan sebagai pelepas kerinduan terhadap lakonan, lapor BH.

Menurut Yatt juga, ketika ini sebuah produksi turut berhasrat melamarnya bagi membintangi sebuah filem bercorak dakwah.

Jika tiada aral, beliau akan memegang watak ustazah dalam filem terbabit.

“Janganlah cakap saya tidak lagi mahu berlakon, malah suami saya pun turut menggalakkan. Tiada istilah saya sudah cuci tangan dalam lakonan. Saya menganggap lakonan adalah sebagai cabang dakwah yang sangat efektif. Di Indonesia, umpamanya, dakwah menerusi medium filem sudah lama dipraktikkan. Cuma di Malaysia, ia masih pada skala kecil.

“Di negara ini, naskhah berkonsep Islamik masih kurang berbanding genre lain seperti cinta dan komedi. Kalau bukan orang seni seperti saya yang menggerakkan perkara itu, siapa lagi?” katanya.

Kata wanita ini, hasrat untuk terbabit dalam filem dakwah sudah lama dipendam olehnya, sejak zaman beliau belum belum bertudung.

Tambah Yatt lagi, suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, sendiri berpengalaman sebagai juruvideo selain berkebolehan dalam pengarahan.

“Mana tahu saya boleh memberikan sokongan kepada suami untuk mengarah karya sendiri? Dapat hasilkan projek kecil-kecilan dulu pun tidak mengapa, seperti filem pendek.

“Bagi saya, cerita Islamik boleh jadi viral dan memberi kesedaran kepada masyarakat andai kena dengan caranya.

“Cuma, saya harap jangan ada yang mempergunakan Islam untuk kepentingan diri. Memang saya tahu, ada yang sanggup ‘menunggang’ agama demi keuntungan diri sendiri,” katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...