loading...

Siklon Enawo Ragut Nyawa, Penempatan Di Madagascar

 

ANTANANARIVO, Madagascar – Siklon Enawo meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa dengan 176,000 orang terjejas selepas ribut itu membadai Madagascar awal minggu lalu, lapor agensi pengurusan bencana negara itu kelmarin.

Bencana itu turut memaksa beribu-ribu orang berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara.

Angka korban tersebut dinyatakan pegawai tempatan, Thierry Venty. Beliau berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding anggaran awal empat kematian dan 10,000 orang hilang tempat tinggal pada Khamis lalu.

Lebih 53,000 orang hilang tempat tinggal dan 180 orang cedera akibat Siklon Enawo, kata agensi itu dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas, manakala 32,000 orang terjejas di ibu kotanya, Antananarivo.

Sebanyak 137 pusat perlindungan telah dibuka untuk menempatkan mangsa bencana itu.

Enawo melanda timur laut Madagascar pada Selasa lalu dan mencetuskan banjir.

Namun, siklon itu semakin lemah dan kini diklasifikasikan sebagai ribut tropika.

Siklon Enawo bergerak ke arah selatan dan meninggalkan pulau itu yang terletak kira-kira 400 kilometer dari pantai Afrika.

Beberapa klip video di media sosial menunjukkan pokok-pokok tumbang, jalan-jalan raya ditenggelami air dan bumbung-bumbung di­terbangkan angin.

Lebih 70,000 orang dikatakan terjejas akibat siklon Enawo, ribut paling kuat pernah melanda Madagascar sejak tahun 2012, demikian menurut pertubuhan Palang Merah. – AFP/kosmo





lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...