loading...

Gambar Mangsa Maut Gen 2 Lawan Arus Jadi Tular

KUALA LUMPUR – Enam keping gambar kenangan perkahwinan Mohamad Fandi Rosli, 26, yang belum sempat dikirimkan kepada mangsa kemalangan maut kereta lawan arus di Lebuh Raya Utara Seberang Perai jadi tular sejak malam tadi.

Gambar yang dikongsikan jurugambar majlis perkahwinan mangsa, Nadzme Nadzem berkata dia sungguh terkejut mendengar berita tersebut, kerana mangsa merupakan seorang daripada pelanggannya.

Menerusi perkongsian itu, dia turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Ramai netizen bersedih atas pemergian mangsa tidak kurang juga mengecam tindakan remaja berusia 19 tahun yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang yang tidak bersalah.

Semalam, rakaman video kereta Proton Gen 2 melawan arus di lebuh raya plus Seberang Jaya yang menjadi tular.

Akibat daripada kecuaian pemandu yang berusia 19 tahun itu, kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan kereta remaja terbabit.

Difahamkan, mangsa tersebut baru sahaja berkahwin pada bulan Disember tahu lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Sementara itu menurut laporan media, wanita tersebut memandu dalam keadaan mabuk.

Remaja terbabit menjadi kecaman netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Selain menyebabkan kematian individu lain yang tidak bersalah, wanita itu turut mencetuskan kemalangan besar sehingga menyebabkan empat kenderaan lain rosak teruk.

Rata-rata netizen mahu wanita yang memandu secara berbahaya itu dikenakan hukuman setimpal.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...