Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Yasmin Hani kerana telah selamat melahirkan anak keduanya (lelaki) secara pembedahan, Selasa lalu di Pusat Perubatan Prince Court, jam 2.07 petang.
BACA: Yasmin Hani Kesal Kenyataan Isu Rotan Dimanipulasi
“Pada mulanya, saya cuba melahirkan bayi kedua ini secara normal. Namun, atas beberapa komplikasi yang dilalui, saya akhirnya dimasukkan ke wad pembedahan. Saya bersyukur semuanya selamat dan tidak berdepan dengan kesulitan teruk,” kongsinya kepada BH Online.
Menurut Yasmin, ketika ini, dia masih belum bersedia untuk berkongsikan gambar anak keduanya dan dalam masa yang sama belum memilih nama lagi untuk anak keduanya itu.
Anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Shaarin juga lelaki iaitu Noah yang kini berusia tiga tahun. Apa pun, semoga Yasmin dan juga bayi sentiasa sihat belaka. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW