MELBOURNE – AUSTRALIA. Seorang penyewa bengang selepas tuan rumahnya memasang tandas yang memerlukan duit syiling untuk mengepam air selepas digunakan.
Laporan Dailymail mengatakan penyewa tersebut mengadu ke laman forum Reddit untuk memastikan adakah tuan rumahnya melanggar undang-undang.
“Saya faham jika kita kena bayar untuk basuh baju atau kain. Saya bayar bil yang menyambung air ke rumah sewa kami. Kenapa dia buat begini?
Pelayar laman forum berkenaan berpendapat penyewa tersebut patut mendedahkan perkara tersebut ke syarikat akhbar dan kerajaan tempatan.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW