NARA – JEPUN. Kebanyakan pasangan kebiasaanya akan bergaduh dan mengalami fasa berdiam diri untuk satu tempoh yang singkat.
Lain pula dengan pasangan daripada Jepun yang berdiam diri kerana merajuk selama 20 tahun namun masih terus tinggal bersama-sama.
Otou Katayama dari Nara, selatan Jepun terus tinggal bersama tiga anak serta isterinya Yumi dan pasangan itu hanya berkomunikasi melalui anggukan dan berdehem sejak 20 tahun lalu.
Masalah yang dihadapi pasangan Jepun ini didedahkan oleh anak lelakinya yang berusia 18 tahun Yoshiki.
Anak pasangan itu menulis kepada sebuah rancangan televisyen meminta supaya membantu memperbaiki keadaan ibu bapanya itu kerana mereka tidak pernah mendengar mereka berbual.
Satu pertemuan diatur di taman iaitu lokasi temujanji pertama pasangan itu sambil diperhatikan anak-anak mereka dari jauh
“Sudah lama berlalu sejak perbualan kita yang terakhir. Kamu sangat mengambil berat tentang anak-anak.
“Yumi sehingga kini, kamu sudah banyak bersusah payah. Saya mahu anda tahu saya berterima kasih untuk segala galanya,” katanya dipetik Mail Online.
Otou kemudian menjelaskan dia merajuk kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan isterinya kepada anak-anak.
“Saya seorang yang sangat cemburu. Saya merajuk kerana itu. Saya rasa tidak peluang untuk berpatah balik,” ujarnya.-SInar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW