loading...

Persatuan Pekilang Harap Malaysia Jalin Dagangan Dengan Peserta TPPA

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan akan terus melibatkan negara peserta Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kerana Malaysia sepatutnya mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA) di bawah perjanjian itu.

 

FMM dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dengan semua negara peserta TPP melalui perjanjian perdagangan 2 hala apabila TPP gagal dilaksanakan.

 

Katanya, TPP dijangka membuka sehingga 10% daripada perdagangan bebas cukai Malaysia dengan pasaran bukan FTA yang baharu seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

 

“Kami juga berharap dapat menyaksikan pemuktamadan yang berjaya ke atas FTA penting yang lain, terutamanya Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang sedang dirundingkan.

 

“Kita tahu bahawa rundingan RCEP telah mencapai kemajuan yang ketara dan kami berharap RCEP ini akan dijayakan dengan pantas dan lancar menjelang hujung tahun ini,” katanya.

 

Sekarang ini, FMM berkata Malaysia sudah menyimpulkan 7 FTA 2 hala iaitu dengan Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Brazil, Australia dan Turki serta 5 FTA serantau melalui Asean (Asean dengan China, Korea, Jepun, India dan Australia-New Zealand). – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...