KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di seluruh negara bertambah buruk sehingga kini dengan beribu-ribu mangsa di 8 negeri terpaksa bermalam di pusat pemindahan.
Hanya Kelantan dan Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala tidak banyak berubah di Terengganu, Johor dan Pahang.
Setakat ini dilaporkan 8 negeri terlibat banjir iaitu Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Di Pahang, jumlah mangsa terbaru yang dipindahkan di 9 daerah meningkat kepada 6,869 orang melibatkan lebih 1,800 keluarga.
Antara daerah di Pahang yang terlibat ialah Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan, Bera, Raub, Jerantut dan Lipis, di mana sebanyak 95 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka setakat jam 10 pagi ini.
Di Johor setakat jam 10 pagi ini, 7,931 orang daripada 2,269 keluarga dilihat sedikit menurun berbanding semalam, iaitu 8,130 orang di 73 pusat pemindahan setakat 6 pagi tadi. Setakat ini 72 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka.
Di Perak, sebanyak 555 orang daripada 172 keluarga berjaya ditempatkan di pusat pemindahan. 4 daerah terkesan iaitu Kinta, (Larut, Matang dan Selama), Manjung dan Hilir Perak. Setakat jam 10 pagi ini 6 pusat pemindahan mangsa banjir dibuka.
Banjir yang melanda tahun ini ialah yang paling teruk sejak banjir besar yang melanda pantai timur semenanjung pada akhir 2014, mengakibatkan lebih 200,000 berpindah dan 21 kematian.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW