loading...

Dilarang Ganggu Pekerja Selepas Waktu Pejabat

PARIS – PERANCIS. Pekerja di Perancis kini boleh menarik nafas lega selepas undang-undang baharu yang melarang syarikat mengganggu pekerja selepas waktu pejabat dikuatkuasakan, hari ini.

 

Menurut laporan BBC, undang-undang yang diperkenalkan pada Mei lepas memerintahkan syarikat yang mempunyai lebih 50 pekerja tidak menggangu pekerja dengan panggilan atau e-mel selepas waktu pejabat atau waktu cuti.

 

Ketika undang-undang tersebut baru diperkenalkan, beberapa pihak mendakwa pekerja diwajibkan untuk menjawab e-mel syarikat diluar waktu pejabat.

 

Pekerja juga didakwa tidak dibayar dengan sewajarnya untuk kerja lebih masa yang menyebabkan tekanan, kepenatan, masalah tidur dan masalah hubungan di luar pejabat.

 

Undang-undang tersebut juga merupakan satu-satunya undang-undang baharu yang mendapat sambutan hangat tanpa protes ketika mula diperkenalkan.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...