loading...

‘Rafizi Akhiri 2016, Dengan Pendekatan ‘Syok Sendiri’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa mengakhiri tahun 2016 dengan pendekatan ‘syok sendiri’ dan mencatatkan satu tahap paling rendah dalam mengelirukan rakyat.

 

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional menyatakan ini kerana, dengan menggunakan maklumat daripada satu blog WordPress yang tidak sahih mengunakan nama ‘Pedestrian Observation’, Rafizi secara terbuka mendakwa projek MRT Laluan Seoul 9 yang keseluruhannya di bawah tanah menelan belanja US$43 juta bagi setiap kilometer (KM).

 

“Beliau kemudian mendakwa biarpun dibina di bawah tanah, laluan Seoul 9 itu 2.5 kali ganda lebih murah daripada projek MRT1 bagi laluan SBK di mana beliau membuat pengiraan kos dibelanjakan bagi setiap KM adalah US$103 juta bagi setiap KM dalam usahanya menipu rakyat bagi memfitnah kerajaan,” jelas kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

 

Mengulas lanjut, mengenai perkara itu, pasukan itu menyatakan hari berikutnya, pihaknya mendedahkan pembohongannya dan menunjukkan fakta bersandarkan kepada maklumat sahih dan bukannya sebagaimana dilakukan Rafizi yang menggunakan blog tidak sahih di mana laluan Seoul 9 adalah sepanjang 37.5km dengan kos US$5.7 bilion atau US$152 juta bagi setiap km, dan bukannya US$43 juta bagi setiap km sebagaimana didakwa Rafizi.

 

“Pada hari terakhir 2016, Rafizi bersetuju dengan fakta dibentangkan kami namun kini memutarbelit fakta dan mendakwa Laluan Seoul 9 adalah 112.5 km dan bukannya 37.5km serta menuduh kami berbohong seperti beliau,” jelas kenyataan itu lagi.

 

Jelas pihak itu lagi, dakwaan bahawa ia adalah 27km pada kos US$43 juta setiap km dibuat oleh Rafizi.

 

“Kami perbetulkan tuduhannya menggunakan maklumat sahih yang ia sebenarnya adalah 37.5km dengan kos US$152 juta bagi setiap km.

 

Ulas pihak itu lagi, Rafizi kemudian bersetuju dengan mereka namun dalam dunia peliknya, beliau kini mendakwa kami menipu kononnya laluan sepanjang 37.5 km perlu diambilkira sebagai 112.5km atau tiga kali ganda lebih panjang.

 

Jelas kenyataan itu lagi,Rafizi beralih kepada dakwaan pelik ini dengan mewujudkan satu formula dalam usaha terdesaknya untuk mempertahankan pembohongannya untuk mendakwa kos bagi projek MRT1 SBK adalah 2.5 kali ganda daripada Laluan Seoul 9.

 

“Bagi mengukuhkan dakwaan palsunya, Rafizi menggunakan kajian 16 tahun lalu yang menyatakan kos bagi membina laluan bawah tanah boleh mencecah tiga kali ganda daripada laluan atas pelantar.

 

Kajian yang dirujuk Rafizi sebenarnya mendakwa perbezaan kos adalah antara dua hingga tiga kali ganda. Tidak diketahui mengapa Rafizi akan mengunakan had paling tinggi iaitu tiga kali ganda. Manakala menggunakan perbezaan dua kali ganda akan menghasilkan keputusan lebih rendah.

 

Oleh itu, pihak itu menggesa Rafizi berhenti memalukan diri sendiri sehingga bertambah teruk selepas beberapa kali didedahkan pembohongan dan kegagalannya.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...