loading...

Video : RUU Belum Diputuskan Walaupun Tidak Dapat Sokongan Komponen BN Kata Rahman

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR –  Walaupun Rang Undang-Undang (RUU) yang baharu dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang di parlimen tidak mendapat sokongan daripada komponen BN yang lain, namun ia bukanlah satu keputusan yang sudah diputuskan kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

 

Beliau berkata, ini merupakan langkah permulaan dan masih belum diputuskan kesudahannya kepada keputusan pindaan tersebut.

 

“Ia akan berlaku beberapa proses. Apa yang perlu kita lakukan adalah, kita perlu memahami bahawa ini adalah era kita perlu mencuba benda baharu.

 

“Ia perlu di ambil pendekatan serius di parlimen. Kita mahu pendapat bersama dan perbincangan yang lebih bagi memastikan keputusan yang diambil dapat diterima semua,”katanya.

 

Terdahulu, usul persendirian yang dibentangkan Pas untuk meminda kuasa Mahakamah Syariah menerusi pindaan Akta 533 tidak melibatkan hukuman bunuh dan potong tangan pencuri. -SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...