PETALING JAYA ― Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memiliki tiga butir bom buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana, April lepas.
Ng Woon Chieh, 38, dan isterinya Chow How Luen, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Mereka didakwa memiliki tiga butir bom buatan sendiri, tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, di sebuah unit kondominium di Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini pada 6 pagi, 17 April lepas.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dijamin.
Azhaniz Teh tidak membenarkan Ng dan Chow diikat jamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili pasangan suami isteri itu yang merupakan peniaga dalam talian.
Dalam kejadian 17 April lepas, lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan penemuan bom di dalam sebuah unit kediaman di kondominium itu sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan untuk dimusnahkan. ― Bernama

Amalan Orang Bangsawan Dikebumikan Berhampiran Ker ...

Poco F7 Pro Dan F7 Ultra Dilancarkan, Harga Bermul ...

Eos R50 V: Kamera Kompak, Sensor Aps-c, Sesuai Unt ...

Akmal Saleh Persoal Dbkl Isu Penjual Belon Di Jala ...