loading...

Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik

Walaupun Ramadhan masih belum tiba, ramai sudah membuat persiapan sempena Aidilfitri. Pada ketika ini juga ramai selebriti berlumba untuk mengeluarkan koleksi raya mereka tersendiri. Bagaimanapun, baju keluaran Rozita Che Wan dikritik ramai kerana kualitinya yang dikatakan seperti indah khabar dari rupa.

BACA: Gambar Di Sekitar Umrah Che Ta & Keluarga

Screen Shot 2016-05-27 at 10.02.36 AM
Screen Shot 2016-05-27 at 10.02.48 AM

Ramai mengetahui Che Ta telah bekerjasama dengan sebuah pasaraya terkemuka dengan mengeluarkan rekaan koleksi baju raya beliau yang dijual dengan harga RM299. Namun begitu, nampaknya ramai pembeli kecewa dengan material dan fizikal baju tersebut yang dikatakan tidak secantik seperti didalam iklan.

Selain itu, ramai yang turut mempersoalkan harga yang diletakkan untuk baju tersebut yang seolah-olah tidak berbaloi dengan kualiti baju-baju itu. Ada juga yang membandingkan kualiti baju yang dijual dipasaran biasa lebih baik daripada rekaan yang membawa nama Che Ta yang sememangnya gah dalam industri seni.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada pihak yang tidak bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan kepada Che Ta kerana menganggap mereka yang mengkritik itu terlalu obses ingin menjadi pelakon cantik itu. Bagi mereka, setiap orang mempunyai gaya tersendiri apabila memakai sesuatu pakaian dan jangan hanya tahu mengkritik sahaja. (rkty/w)

1- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg 2- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg 4- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg 5- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg 6- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg 7- Indah Khabar Dari Rupa, Baju Raya Che Ta Dikritik - jpeg
Previous
Next Post »
loading...