loading...

Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan

Kami yakin dan percaya ramai yang terbuai dengan lakonan Siti Nordiana yang mesra dngan panggilan Nana ini bersama dengan Alif Satar dalam drama Dia Semanis Honey. Menyedari status Alif Satar, Nana menyatakan bahawa setiap lakonan yang dilakukan hanyalah di atas dasar kerja selain mengelak untuk bersentuhan.

BACA: Isteri Jelik Tonton Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana

“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga”

“Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah. Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua”

“Kebanyakkan babak romantik saya mohon agar tidak ada adegan bersentuhan. Ini kerana saya juga pernah menjadi isteri, jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” jelas Nana kepada Media Hiburan.

Selain kejayaan drama tersebut, Nana juga dalam masa yang sama turut mendapat tawaran untuk berlakon drama lain. Apa pun, semoga Nana sentiasa maju dalam kerjaya. Tuah manusia, siapa yang tahu, bukan? (rtky/s)

2- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA 6- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA 5- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA 4- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA 3- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA 1- Jaga Hati Isteri Alif Satar, Siti Nordiana Elak Bersentuhan - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...