loading...

Selangor, Penang Tidak Mahu Guna Akta Sisa Pepejal- Rahman

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR –  Negeri selangor dan Pulau Pinang tidak mahu mengguna pakai Akta Sisa Pepejal 672 yang telah dikuatkuasakan kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

 

Beliau yang mencadangkan agar dua negeri tersebut menggunakan akta itu adalah bertujuan untuk pelupusan sampah demi mengurangkan permasalahan isu kebersihan.

 

“Mereka kena pakai dahulu akta yang kita buat. Kita tahu mereka mempunyai cabaran yang cukup besar, yang mana masalah denggi di Selangor begitu tinggi, kerana sistem kebersihan mereka tidak begitu baik.

 

“Namun kita berharap selepas ini mereka mengguna pakai akta ini. Ataupun mungkin mereka akan ada akta atau enakmen sendiri yang setanding dengan Akta 672 ini. Saya berharap mereka faham, ini adalah demi membersihkan negeri,”katanya.

 

Sehubungan itu, beliau tidak memaksa sekiranya Selangor dan Pulau Pinang mempunyai mekanisma sendiri.

 

“Saya tak paksa mereka kerana mereka adalah pihak berkuasa negeri. Tapi jika mereka tidak mahu pakai Akta ini, sekurang-kurangnya mereka mempunyai mekanisma di negeri sendiri demi memastikan pelupusan sampah tersebut itu dibuat dengan terbaik agar mengikut piawaian dunia,”katanya-SuaraTV.

Previous
Next Post »
loading...