KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyerahkan notis temu siasat kepada 91 kenderaan yang didapati menggunakan laluan kecemasan sehingga mengganggu laluan ambulans di Kilometer 228, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Melaka dekat sini, Ahad lalu.
Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia, Datuk V Valluvan, berkata mereka diberikan tempoh dua minggu ke pejabat JPJ negeri bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan yang menyebabkan dua penunggang motosikal maut akibat kelewatan ambulans.
“Kita sudah kenal pasti semua pemilik dan akan menghantar notis berkenaan ke alamat yang didaftarkan pemilik kenderaan terbabit termasuk tujuh daripadanya adalah kenderaan dari Singapura.
“Selepas siasatan dijalankan dan jika didapati pemilik bersalah, mereka akan
Beliau berkata, sekiranya bersalah mereka boleh didenda RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, seorang penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah selepas melanggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan kerana rosak.
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mereka tercampak ke jalan manakala sebuah lori sayur yang berada di belakang motosikal terbabit kemudian mengelak sehingga terbalik di lorong tengah.
Kelewatan ambulans yang tidak dapat menggunakan laluan kecemasan akibat dihalang kenderaan menyebabkan dua adik beradik itu maut sebelum sempat dirawat di hospital. – BH

Pernah Dituduh Tak Puasa, Tony Eusoff Dipaksa Tunj ...

Baru Sebulan Kahwin, Mimi Lana Harap Tiada Soalan ...

Resipi Telur Dadar Thai Berkeju, Tak Sampai 10 Min ...

Eos R50 V: Kamera Kompak, Sensor Aps-c, Sesuai Unt ...