MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan kecil di KM 268 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Kawasan Rehat Seremban, Jumaat.
Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, kereta dinaiki oleh Idris bersama pemandu dan pengawal peribadinya melanggar belakang sebuah kereta yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan.
Idris, dalam kenyataan menerusi ‘Whatsapp’ pada Jumaat malam berkata ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri
Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan tetapi pemandunya sempat membrek tetapi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.
Menurutnya, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki sebuah lagi kereta dipandu oleh pegawai lain dan sempat menghadiri majlis jamuan malam sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat di sini. – Bernama

Pesan Siti Nurhaliza Buat Amad, Lagi Pewaris Bakat ...

Warna Najis Bayi Dan Kesihatan: Normal Atau Tanda ...

Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Selag ...

Cimb Octo Tak Akan Sokong Os Lama Mulai 25 Jun N ...