loading...

Hafiz Suip Mahu Isteri Bekerja, Tahu Erti Susah

Pengantin baru, Hafiz Suip mendedahkan bahawa dirinya sangat menggalakkan isterinya, Nureffy Jasreel untuk bekerja selepas berkahwin agar dapat menimba ilmu selain memahami pahit getir mencari rezeki serta mensia-siakan segala ilmu yang dikecapinya sepanjang mengikuti pengajian sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.

BACA: Sekitar Resepsi Kedua Perkahwinan Hafiz Suip, Nureffy

“Sebagai suami, saya tidak akan menghalang Effy mengejar cita-citanya. Saya juga pasti, kedua mentua saya tidak mahu anak mereka mensia-siakan ijazah yang dimiliki. Sekiranya dia ingin bekerja, saya akan menyokong 100 peratus keputusannya. Saya juga ingin mendedahkan Effy kepada dunia luar supaya dirinya tahu betapa susahnya mencari rezeki”

“Effy baru sahaja menamatkan pengajian beliau di Asia Pacific University di Bukit Jalil dan saya tidak mahu apa yang dipelajarinya ditinggalkan begitu saja kerana ingin memberi tumpuan kepada rumah tangga,” katanya kepada Berita Harian Online apabila ditanya mengenai perancangan isterinya selepas baru sahaja menamatkan pengajian.

Namun begitu, segala keputusan sama ada untuk bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa akan diserahkan kepada isterinya itu untuk membuat keputusan. Tetapi sebagai seorang suami, Hafiz tidak kisah dan tidak menghalang jika isterinya itu ingin mengejar impian beliau untuk menjadi seorang wanita bekerjaya walaupun sudah berkahwin.

Dalam perkembangan lain, Hafiz turut berkongsi perancangan beliau dan pasangan untuk berbulan madu selepas selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini. Beliau memilih Gold Cost, Australia sebagai percutian bulan madu mereka kerana tertarik dengan negara itu. (rkty/w)

2-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg 3-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg 4-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg 5-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg 6-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg 7-Hafiz Suip Mahu Isteri Berkerja, Tahu Erti Susah - jpeg
Previous
Next Post »
loading...