Biarpun isteri mempunyai rupa paras yang cantik namun bagi Hafiz Suip, beliau tidak menggalakan isterinya, Nureffy Jesreel menceburi bidang seni sama sepertinya. Setelah perbincangan dilakukan bersama, Effy juga mendedahkan bahawa beliau sendiri kurang selesa apabila suami isteri bekerja dalam satu industri yang sama.
BACA: Hafiz Suip Mahu Isteri Bekerja, Tahu Erti Susah
“Saya tidak menghalang Effy untuk bekerja bagi mencari pengalaman namun bukanlah dalam bidang seni. Sebab kurang sesuai rasanya suami isteri bekerja dalam industri yang sama. Selain itu perkara ini juga dapat mengelakkan sebarang konflik rumah tangga yang tidak diingini timbul.
“Malah Effy juga pernah menerima tawaran sebelum ini untuk watak sampingan, namun saya kurang memberi galakkan kerana rasanya lebih baik dia memilih kerjaya yang bersesuaian dengan ijazah yang dimilikinya iaitu Indeks Pelaburan,” katanya kepada Berita Harian Online.
Bercakap mengenai wajah Effy yang sememangnya mendapat pujian ramai, Hafiz menganggap ianya sebagai bonus namun kecantikan bukanlah menjadi faktor utama memilih wanita itu sebagai teman hidup sebaliknya sikap menghormati kedua ibu bapa membuatkannya tertarik kerana institusi kekeluargaan amat penting buat saya.
Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 14 Mei lalu di kediaman keluarga Effy di Kuching, Sarawak. Manakala pasangan pengantin baharu itu sekali lagi diraikan pada majlis resepsi terakhir di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebelum berangkat ke Gold Coast, Australia untuk berbulan madu. (rkty/w)