loading...

Budiman Mohd Zohdi Calon BN Untuk PRK Sungai Besar

SUNGAI BESAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

 

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Gerakan BN di sini malam ini.

 

Beliau yang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar merupakan antara tujuh nama yang dikemukakan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Dalam ucapan Ahmad Zahid ketika mengumumkan calon, beliau berkata calon yang dipilih Najib adalah anak tempatan yang boleh meneruskan kesinambungan BN di Sungai Besar.

 

Seramai 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan 4 pemilih tidak hadir luar negara layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Sungai Besar.

 

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

 

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK dijalankan serentak pada 18 Jun nanti. – Awani

Previous
Next Post »
loading...