loading...

15 Kakitangan Imigresen Dibuang Kerja Kerana Sabotaj Sistem MyIMMs

SEPANG – Jabatan Imigresen mengambil tindakan tatatertib terhadap 37 pegawai dan kakitangannya kerana terbabit dalam kegiatan sabotaj terhadap Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

 

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi, berkata daripada jumlah itu, 15 pegawai dan kakitangan dibuang kerja, 14 lagi digantung manakala, lapan ditangguh pergerakan gaji.

 

Menurutnya, tindakan tatatertib terhadap mereka dilakukan sejak Februari lalu.

 

“Mereka yang terbabit terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

 

“Selain itu, kita juga sedang dalam proses membuat pertukaran tempat bertugas terhadap 63 pegawai dan kakitangan di pelbagai peringkat,” katanya pada sidang media sempena lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

 

Pada masa sama, Sakib berkata, hasil siasatan dalaman pihaknya mendapati aktiviti sabotaj bermula sejak 2010 serta didalangi ejen di luar negara dan menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai imigresen yang membantu dalam aktiviti sebotaj sistem MyIMMs. – HMetro

Previous
Next Post »
loading...