loading...

Video : Khir Toyo Mahu Anak Tempatan Jadi Calon BN di Sungai Besar

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KLANG – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan anak tempatan paling layak dan sesuai menjadi calon di Sungai Besar menggantikan wakil rakyat kawasan itu.

 

Beliau berkata, perkara itu merupakan kualiti utama bagi seseorang calon sekali gus dapat menggalas amanah dan tugas sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab.

 

“Kita tak boleh cakap siapa yang layak tapi kita kena buat kajian dari bawah dan (menerima) pandangan pengundi.

 

“Bagi saya kalau dia anak tempatan, sanggup bekerja di luar kampung (dia paling layak),”katanya.

 

Terdahulu, Pilihan Raya kecil (PRK), bagi mengisi kerusi kosong berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), BN menang majoriti tipis 399 undi di Parlimen Sungai Besar.

 

Noriah yang kali ketiga bertanding mendapat 18,695 undi, sementara calon PAS Mohamed Salleh Husin mendapat 18,296 undi. – SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...