loading...

Pindaan Akta 533 Tidak Libatkan Hukuman Bunuh, Potong Tangan – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usul persendirian yang dibentangkan pas untuk meminda kuasa Mahakamah Syariah menerusi pindaan Akta 533 tidak melibatkan hukuman bunuh dan potong tangan pencuri.

 

Beliau berkata, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) itu demi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan Islam yang melibatkan pemulihan serta meningkatkan beberapa perundangan Syariah berkaitan perkara am, seperti undang-undang keluarga, harta peninggalan dan waqaf.

 

“Hukuman jenayah berat dalam perkara Hudud dan Qisas seperti hukuman bunuh, memotong tangan pencuri seperti yang amat ditakuti DAP dan sepertinya tidak terlibat,” katanya memetik laporan Harakah Daily.

 

Sehubungan itu, beliau berkata, parti bukan Islam tidak perlu khuatir terhadap Pindaan tersebut kerana ia memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat untuk dilaksanakan.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...