loading...

Bag Tangan Ayda Jebat Diragut

Malang tidak berbau apabila semalam penyanyi Pencuri Hati, Ayda Jebat telah diragut oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika beliau sedang berada disebuah kafe yang terletak di Wangsa Melawati. Kejadian malang itu berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semalam, dimana Ayda baru sahaja sampai ke kafe berkenaan.

BACA: Radin Tidak Tolak Jika Jodoh Dengan Ayda Jebat

“Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya. Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank”

“Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe tersebut untuk mengenalpasti dua individu yang tidak bertanggungjawab itu dan selepas itu saya terus segera membuat laporan polis. Atas nasihat pihak polis, saya tidak boleh mendedahkan kos kerugian yang saya alami. Tetapi apa yang saya tahu, perkara ini sedang aktif berleluasa”

“Ini kerana malam tadi sahaja, terdapat lebih tiga kes ragut yang berlaku di kawasan yang sama. Namun begitu, saya tak rasa trauma, tapi saya berasa terkejut kerana saya diragut ditempat terbuka seperti di sebuah kafe dan tempat itu kelihatan selamat kerana pada ketika itu masih ramai orang lagi di sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Ayda yang telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati turut menasihati kaum wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati serta peka dengan keadaan sekeliling agar kejadian yang tidak diingini seperti ini belaku. Malah katanya, keadaan mungkin nampak selamat tetapi jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja. (rkty/w)

1- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg 2- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg 3- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg 4- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg 6- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg 7- Bag Tangan Ayda Jebat Diragut - jpeg
Previous
Next Post »
loading...