loading...

PAS Tak Kisah PKR Tolong Kempen Atau Tidak Dalam Dua PRK

KOTA BHARU – PAS mahu melihat samaaada PKR berpihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) atau PAS menjelang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bermula 6 Jun ini.

 

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS dan PKR masih menjalin hubungan strategik sungguhpun parti PKR kini sudah menyertai Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

 

“Saya tidak tahu PKR hendak tolong siapa, kita serah kepada mereka. Kita juga mahu tengok PKR hendak membantu siapa. Kita tidak ada masalah dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRK,” katanya kepada pemberita semalam.

 

PKR terutama Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kecewa dengan PAS selepas parti tersebut tetap berdegil meletakkan calonnya di Sungai Besar dan menolak untuk berunding bersama PKR berhubung isu berkenaan.

 

Azmin sebelum ini dilaporkan meminta PAS untuk tidak bertanding di Sungai Besar bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara PAS, Pakatan Harapan dan BN.

 

Kata Menteri Besar Selangor itu, sekiranya PAS tidak meletakkan calon di Sungai Besar, beliau akan memujuk Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak bertanding di Kuala Kangsar lantas memastikan pertembungan satu lawan satu di kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

 

Walaubagaimanapun, PAS dengan nada tegas menyatakan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kawasan tradisi partinya bertanding dan tidak akan melepaskannya kepada parti lain. – Malaysian Digest

Previous
Next Post »
loading...