loading...

Pegawai Veterinar Pukul Isteri Dalam Lif Dihukum Penjara Lapan Bulan

BUKIT MERTAJAM – Seorang penjawat awam dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta, di sini tiga tahun lalu.

 

Tertuduh, Mohammad Affandi Ismail, 40, yang bertugas sebagai pegawai veterinar di Pahang turut didenda RM2,000 mengikut peruntukan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

Sementara itu, isterinya, Siti Khadijah Ahmad Ramli ketika ditemui melahirkan syukur dan berharap hukuman berkenaan menjadi pengajaran kepada masyarakat.

 

Sebelum ini, kes berkenaan mendapat perhatian selepas video Mohammad Affandi memukul isterinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di laman sosial. – UTUSAN

Previous
Next Post »
loading...